Assalamualaikum..Alhamdulillah, telah 2 tahun 2 bulan berkhidmat di MRSM Kepala Batas (melapor diri 18 Oktober 2010) . Secara poeribadi saya amat menyayangi Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bagi saya bilik ini memberi jiwa dan inspirasi kepada saya untuk bekerja dan berkhidmat kepada warga maktab. Saya gembira untuk berkongsi dengan semua hiasan bilik kaunseling yang seadanya ini hasil sentuhan Cikgu Yanni (kini di MRSM Baling), Cikgu Haslina (rakan sekerja) dan tentulah saya sendiri. :) Pastinya banyak moment terindah terlakar di ruang kerja ini. Terima kasih kepada warga maktab yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya dan UBK.
pejabat saya
tempat sesi bimbingan atau kaunseling dijalankan
disinilah tempat saya bekerja bermula 8 pagi hingga 5 petang
pandangan dari tempat duduk saya
teman sekerja saya yang cukup hebat dan dedikasi, Cikgu Haslina
pemandangan di ruang utama UBK (ruang sosial) tempat pelajar berehat, mengadakan pertemuan, perbincangan, mesyuarat PRS, diskusi ilmu dan lain-lain lagi.
pandangan dari pintu UBK
kelihatan papan tension board, tempat pelajar meluahkan rasa dan isi hati
anak-anak patung yang selalu menjadi mangsa pelukan anak-anak saya
'selamat datang'
koleksi folio kerjaya pelajar
dalam usaha membuat taman teraputik, kerusi batu yang dibeli adalah sumbangan pelajar ting. 5 tahun 2012, dan tahun 2011, BKP tahun 2012, ting. 3 tahun 2011, dan MUAFAKAT.
bilik gintell yang menjadi tempat istimewa dan rebutan pelajar. terima kasih kepada YDP MUAFAKAT dan MUAFAKAT atas sumbangan
rimbunan pepohon yang baru dibeli hasil sumbangan dana PRS terdahulu juga terima kasih kepada Cikgu Haslina yang sama-sama memilih pokok. juga kepada pemandu kami yang membawa kami ke kedai bunga.
informasi
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMohon bg pencerahan ttg berlakunya kes buli pljr mrsm ulul albab k.bts...adakah ia kes terpencil atau smmgnya berlaku tanpa pengetahuan guru...apa tindakan pihak sek terutamanya pihak asrama...