Tuesday, 8 January 2013

Politik Melayu

Hari demi hari
Saya semakin sesak dada membaca surat khabar baik yang pro kerajaan mahupun pembangkang. Nurani saya tersentuh merasai  masa hadapan bangsa melayu dan umat Islam di negara ini. Dalam bahang pilihanraya, setiap proksi semakin cari ruang perbezaan dan melebarkan lagi salah faham.

Bersaudara
Semaikankanlah persamaan dan kasih sayang sesama muslim. Bukankah kita mengucap dua kalimah syahadah dan sujud menghadap satu kiblat yang sama. Kita adalah bersaudara dan seakidah. Apabila kita meninggal, kita mengharapkan orang seagama yang menyembahyangkan dan menguruskan jenazah dan menghadiahkan tahlil untuk kita walaupun berbeza keyakinan politik. Bukannya orang kafir yang menjadi kawan sementara untuk keuntungan dunia. Telah jelas musuh utama adalah  hasutan syaitan, yahudi dan nasrani.

Solusi
Semua insan pernah membuat kesilapan. Berlapang dada apabila ditegur dan berhikmah jika ingin menegur. Budaya Melayu amat tinggi santun dan budinya.

Thursday, 13 December 2012

Bilik Kaunseling MRSM Kepala Batas

Assalamualaikum..Alhamdulillah,  telah 2 tahun 2 bulan berkhidmat di MRSM Kepala Batas (melapor diri 18 Oktober 2010) . Secara poeribadi saya amat menyayangi Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bagi saya bilik ini memberi jiwa dan inspirasi kepada saya untuk bekerja dan berkhidmat kepada warga maktab. Saya gembira untuk berkongsi dengan semua hiasan bilik kaunseling yang seadanya ini hasil sentuhan Cikgu Yanni (kini di MRSM Baling), Cikgu Haslina (rakan sekerja) dan tentulah saya sendiri. :) Pastinya banyak moment terindah terlakar di ruang kerja ini. Terima kasih kepada warga maktab yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya dan UBK.


pejabat saya

tempat sesi bimbingan atau kaunseling dijalankan

disinilah tempat saya bekerja bermula 8 pagi hingga 5 petang

pandangan dari tempat duduk saya

teman sekerja saya yang cukup hebat dan dedikasi, Cikgu Haslina

pemandangan di ruang utama UBK (ruang sosial) tempat pelajar berehat, mengadakan pertemuan, perbincangan, mesyuarat PRS, diskusi ilmu dan lain-lain lagi.

pandangan dari pintu UBK

kelihatan papan tension board, tempat pelajar meluahkan rasa dan isi hati

anak-anak patung yang selalu menjadi mangsa pelukan anak-anak saya

'selamat datang'

koleksi folio kerjaya pelajar

dalam usaha membuat taman teraputik, kerusi batu yang dibeli adalah sumbangan pelajar ting. 5 tahun 2012, dan tahun 2011, BKP tahun 2012, ting. 3 tahun 2011, dan MUAFAKAT.

bilik gintell yang menjadi tempat istimewa dan rebutan pelajar. terima kasih kepada YDP MUAFAKAT dan MUAFAKAT atas sumbangan

rimbunan pepohon yang baru dibeli hasil sumbangan dana PRS terdahulu juga terima kasih kepada Cikgu Haslina yang sama-sama memilih pokok. juga kepada pemandu kami yang membawa kami ke kedai bunga.

informasi

Monday, 10 December 2012

Sehari temuduga Ulul Albab

Alhamdulilah... pengambilan pelajar ulul albab sesi 2013 telah bermula dengan pencalonan seramai 1119 orang pelajar  membuatkan saya serta keluarga maktab yang lain berusaha sebaik mungkin  mengurus temuduga ini selama empat hari bermula 10 Disember - 13 Disember 2012.

Besar pengertian program temuduga ini terutama p[erasaan terhari dengan komitmen dan bantuan prelajar yang datang membantu walaupun musim persekolahan, 42 orang klesemuanga. tenaga manuasia yang lebih dari cukuop yang sentiasa bersedia menerima arahan dan mereka datang secara sukarela. seronok saya meliat dalam kalagan mereka yang terdiri dari BWP dan majoriti pelajar tingkatan 2 ulul albab bekerjsama dan lebih menggembirakan mereka bijak berdikari dan boleh menghidupkan surau. Saya seronok berimamkan pelajar yang telah fasih dalam bacaan dan kemas dalam solat. Rasa bersyukur dapat melahirkan pelajar seperti mereka. ya saya teringat kat pak habib penulis terkenal indonesia

"Guru yang terbaik akan menghantar pelajarnya menjadi lebih baik darinya"

aku punya keazaman untuk memastikan masa depan dan halatuju poelajar saya lebih baik dari zaman saya seumur mereka.

POKOK KELAPA


" Cuba kamu senaraikan kegunaan pokok kelapa". Ayat induksi yang digunakan semasa tazkirah maghrib.  Mereka pun memberi respon dan mudah mengumpulkan kegunaan pokok kelapa dalam masa yang singkat" kemudian saya bertanya, baiklah sekarang cuba kamu senaraikan kegunaan diri kamu semua"
pelbagai reaksi, namun tidak setangkas kegunaan pokok kelapa tadi.

"agaknya, mana yang lebih bernilai pokok kelapa atau seorang mansuia" saya cuba melontarkan sedikit persoalan bagi menggerakkan daya fikir mereka. "mengapa agaknya kita mudah senaraikan kegunaan pokok kelapa berbanding kegunaan diri sendri"

"Kerana kita tidak kenali diri"
seorang pelajatr meneka.
Ya betul,. kataku

KENALI DIRI
Ya, berapa ramai dalam kalangan kita mengenali diri sendiri. yang punya, bakat, potensi dan kuasa dan upaya untuk melonjak dan memperkasa kualliti diri. Pastinya dengan usaha muhasabah dan renungan kendiri akan membawa kebahagiaan apabila ia membawa rasa syukur pada nikmat mahupun dugaan Allah.

iman itu diuji, diuji itu bahagia, dan iman itu bahagia

kesan rasa syukur ini akan melahirkan penghargaan atau "appreciate' the moment. sesuatu yang saya sering tekankan kepada pelajar betapa begitu amat berharga setiap sela masa dan nyawa yang dianugerahkan Allah untuk kita hargai dan bangunkan potensi sebaik-baiknya.

Rasanya pelajar yang mendengar tazkirah ringkas ini memperoleh sesuatu. saya akhiri perbincangan tersebut dengan meminta setiap pelajar memberi soalan untuk menggerakkan minda dan pemikiran mereka

terima kasih kepada kamu semua kerana menghargai cikgu.


Saturday, 24 December 2011

menuju kebahagiaan

Hidup memerlukan pengorbanan, 
pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan memerlukan ketabahan,
ketabahan memerlukan keyakinan,
keyakinan pula menentukan kejayaan, 
kejayaan akan menentukan kebahagiaan.

Allahuakbar

http://www.youtube.com/watch?v=-1tVP8KJcrE

pelihara lisanmu

"Tidakkah kamu
memperlihatkan bagaimana
Allah SWT membuat kalimat yang baik adalah
seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan
cabangnya (menjulang ke langit).(Pohon) 
itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu 
dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan
itu untuk manusia agar mereka ingat (mengambil pengajaran).
Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon
yang buruk yang
telah dicabut
akar-akarnya
dari permu-
kaan bumi,
tidak dapat
tetap (tegak) 
sedikit pun."
(al-Quran 14:24-26)

Saturday, 17 December 2011

start IQRA'

The Prophet Muhammad (peace be upon him) once stated: "whosoever undertakes a path to seek knowledge, Allah will make for him a path leading to heaven..."


Ibn Sina who was born in 980 AD, is one of the most renowned in the world medicine. His work, Al-Qanun Fil Tabib has been translated into 15 languages and a source of reference in medicine for centuries.

al-Ghazali was a scholar in interpretation, tasawuf & philosophy who produced 300 works in the span of his life

al-Farabi was known as the second Aristotle and was known Islamic philosopher.

al-Hazen specialized in the field of astronomy, mathematics and geometry.

Jabir Ibnu Haiyan was known as the father of modern chemistry.

al-Khawarizmi was an expert in mathematics & astronomy,

az-Zahrawi was a sorgeon

so...where we are ?